Sunday, 22 September 2013

kerjaya dalam teknologi makanan

hai semua visited blog ini ...hmmm mengenai tajuk diatas ,saya percaya mesti ramai antara kita akan tanya soalan itu jika dapat kursus ini. soalan seperti "food tech ! course apa tu?" atau " food tech ? nanti kalau habis belajar ,ada kerja ke?" sudah acap kali kita dengar lebih- lebih lagi pelajar itu sendiri. jikalau kita dengar mengenai makanan , tentu semua orang perlukan makanan ,bukan? . bidang teknologi makanan ini cukup luas dan amat penting untuk semua orang . saya selalu dengar lecture atau senior saya selalu bagitahu , selagi manusia memerlukan makanan selagi itulah pegawai teknologi makanan akan diperlukan .pendek kata teknologi makanan akan sentiasa diperlukan ditambah lagi dengan wujudkan industri kecil dan sederhana ( IKS) ,jadi ramailah graduan-graduan dalam bidang ini diperlukan. 

credit to :

http://www.teknologimakanan.com

"Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Teknologi makanan ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di Kementerian Kesihatan, MARDI, Universiti, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pelbagai lagi.Manakala di swasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan.Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana 'siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?.Begitu juga di media cetak dan elektronik, siapa yang layak serta berpengetahuan sebenar nak bercakap tentang makanan ini, jika tidak lulusan teknologi makanan ! dan sudah ada pun mereka yang lulus dalam bidang teknologi makanan bekerja di TV , pejabat hartanah, pejabat majalah makanan dan pelbagai lagi.Bagi saya, lulusan ini perlu berpengetahuan luas, bukan sekadar menelan apa sahaja yang diajar di universiti ataupun kolej !. Perlu ditingkatkan keterampilan, bahasa dan pelbagai pengetahuan dan yang paling penting minat yang mendalam dalam bidang teknologi makanan ini. Jangan fikir sahaja nak kerja kilang, lab , makmal itu sahaja skopnya !. Think big !.Satu lagi bidang adalah perunding atau pun consultancy, siapa nak bantu industri atau syarikat laksanakan sistem GMP, ISO , HALAL dan HACCP, jika bukan lulusan teknologi makanan ?. Bahkan sudah ada pun lulusan teknologi makanan ini bekerja dengan Jabatan Agama Islam Negeri.Oleh itu bidang teknologi makanan ini cukup luas, lihat sahaja dinegara maju...yang akan bercakap tentang makanan adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang makanan sahaja, "


jadi konklusinya yang boleh kita dapat , walauapa pun kursus kita dapat , lakukan dengan bersungguh-sungguh. walaupun bidang ini tidak sepopular bidang perubatan mahupun kejuruteraan, tetapi, bidang teknologi makanan sama penting dengan bidang-bidang yang lain . ok guys.. selamat maju jaya

Wednesday, 18 September 2013

pengenalan kepada teknologi makanan

apa itu teknologi makanan?

Teknologi Makanan merupakan suatu bidang sains dalam penghasilan produk makanan dan apa jua perkara yang berkaitan makanan. Bidang ini banyak diajar dipusat pengajian tinggi awam ataupun swasta. Bidang teknologi makanan ini juga diajar pada pelbagai peringkat bermula di peringkat Sijil Teknologi Makanan, Diploma Teknologi Makanan, Ijazah Teknologi Makanan seterus keperingkat Masters dan juga Phd.