
TEKNOLOGI MAKANAN HALAL
Minggu ini, kami ingin berkongsi ilmu tentang teknologi makanan halal dalam industri makanan. Definisi "halal" bermaksud dibenarkan atau selamat, manakala "toyyiban" pula bermaksud suci lagi bersih.
Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a katanya: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "apa yang Halal adalah jelas, manakala apa yang haram juga jelas, dan diantara kedua terdapat perkara yang meragukan (syubhah) dimana ramai orang yang tidak mengetahui. Maka sesiapa yang menjauhkan dirinya dari itu,adalah seperti orang yang memelihara agama dan kehormatannya.
Di dalam industri makanan halal, definisi halal dalah adalah menurut syariat, manakala toyyiban pula adalah lebih kepada saintik. Halalan dan toyyiban adalah dua perkataan yang tidap dapat dipisahkan. Setiap produk makanan yang ingin dijual kepada pelanggan bergama Islam wajib mempunyai logo Halal yang sah daripada pihak Jakim.
Untuk mendapatkan sijil Halal daripada pihak Jakim, pemilik kilang makanan wajib mengamalkan kebersihan bagi memastikan kualiti produk mereka terjaga dan selamat dimakan oleh pengguna.
No comments:
Post a Comment